Sunday 8 February 2015

Memahami Pelaburan Internet

Asalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog ini terutama kepada para peminat pelaburan internet atau money game

APA ITU PELABURAN INTERNET

Pelaburan internet adalah pelaburan yang dibuat kepada suatu syarikat yang memberikan pulangan dalam bentuk ROI (return of investment) kepada para pelaburnya.

Hampir semua syarikat pelaburan internet menggunakan mata wang USD/Dollar Amerika dalam urusan jual belinya

Pelabur akan menyertai program pelaburan ini dengan rasa penuh tanggungjawab atas keputusannya sendiri kerana pelaburan internet adalah sangat berisiko. Pelaburan anda tidak akan dapat dijamin sesiapa. Apabila kerugian anda harus menerima hakikat bahawa rezeki anda bukan dengan syarikat itu.

Pelabur berpengalaman daalam pelaburan internet akan melabur dalam banyak syarikat terutama syarikat-syarikat yang baru ditubuhkan.  Kerana syarikat pelaburan internet biasanya tidak bertahan lama.

Apabila menemui syarikat pelaburan yang baru ditubuhkan mereka akan membuat pelaburan besar mengikut kemampuan mereka. Jangan pelik jika rakan-rakan memberitahu anda bahawa mereka melabur ratusan ribu RM dalam suatu pelaburan internet.

Saya sendiri biasanya akan melabur RM 35,000 atau USD10,000 jika saya dapati program itu berpotensi tinggi mengikut kajian saya sendiri,


Risiko yang perlu difikirkan

1, Wujud syarikat pelaburan internet yang semata-mata mahu mengutip pelaburan dari orang awam dan menutup website setelah jumlah wang yang  terkumpul mencapai target mereka.
2. Syarikat kena gantung oleh KPDNK atas tuduhan penyelewengan
3, Syarikat diserbu dan disita Bank Negara dibawah akta AMLA dan BAFIA